TAHNIAH ANAK-ANAK IMTIAZ & PPYT !!!
Alhamdulillah, Tahniah kepada anak-anak pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu & Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu atas pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia 2021 yang cukup membanggakan.
Meskipun bergelut penularan COVID-19 sehingga menjejaskan proses pembelajaran, komitmen serta usaha gigih anak-anak yang terus fokus untuk berjaya.
Pastinya juga, ia tidak akan hadir tanpa iringan doa para guru dan ibu ayah. Syabas kepada barisan pendidik yang terlibat yang cukup berdedikasi, tidak pernah jemu dan sentiasa ada extra-miles efforts untuk anak-anak didik.
Apa pun, kejayaan anak-anak tidak hanya diukur dengan keputusan peperiksaan. Perjalanan mereka masih jauh.
Yayasan Terengganu sentiasa mendoakan kecemerlangan anak-anak pelajar. Teruskanlah mencipta kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi.
#yayasanterengganu
#membangunilaimerintiskejayaan
#jubliemasyayasanterengganu
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Views: 22