Merancang, melaksana, mengawal dan menilai pengurusan kewangan Yayasan Terengganu supaya diuruskan secara cekap, ekonomik dan berkesan.
Menentukan peruntukan kewangan yang disediakan, diurus dan dibelanjakan secara optimum.
Memastikan pelaksanaan pengurusan kewangan jabatan berjalan dengan cekap, cepat serta mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
Melaksanakan pengurusan kewangan secara cekap, ekonomik dan berkesan.
Memberi khidmat nasihat pengurusan kewangan
Memberi perkhidmatan cekap, tepat dan mesra kepada pelanggan dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan kewangan.
Menyediakan penyata kewangan tahunan dengan tepat dan lengkap berasaskan dasar dan prinsip perakaunan yang diterima umum dalam tempoh empat(4) bulan dari tarikh akhir tahun kewangan
Memastikan baucar bayaran disediakan lima(5) hari bekerja dengan dokumen sokongan yang lengkap dan cek bayaran akan disediakan lima (5) hari dari tarikh baucer bayaran sekiranya ia mematuhi segala peraturan kewangan dan kecukupan dana yang ada.
Menyediakan jawapan kepada soalan audit dan perkara-perkara berbangkit mengenainya.
Mengemaskini dan mengubah tatacara kewangan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kepentingan organisasi.
Statistik Pelawat
Users Today : 233
Users This Month : 2361
Users This Year : 155253
Total Users : 155254
Yayasan Terengganu Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu