• info@yt.gov.my
  • +609-621 1800 / +609-621 1801

Pembangunan Pendidikan

LATAR BELAKANG

FUNGSI BAHAGIAN

Fungsi Bahagian Pembangunan Pendidikan dibahagikan Kepada Tiga Komponen Utama Iaitu:

a) Bantuan Pendidikan
i. Mengurus bayaran BKYT kepada pelajar-pelajar
ii. Mengurus pemberian bantuan pendidikan STPM kepada pelajar
iii. Merancang program-program TRENGLISH
iv. Mengurus hal ehwal guru-guru T-HELP
v. Merancang kerjasama agensi-agensi luar
vi. Menyelaras bayaran penajaan kepada pelajar-pelajar Darul Huffaz TATI Skills (DHTS)


b) Institusi Pendidikan
i. Menguruskan operasi AYTK dan PPYT
ii. Menguruskan hal ehwal pelajar AYTK dan PPYT
iii. Menguruskan hal ehwal tenaga pengajar AYTK dan PPYT
iv. Mengurus operasi Pusat Bahasa Negeri Terengganu (PBNT)
v. Mengurus hal ehwal tutor dan pelajar Pusat Bahasa Negeri Terengganu (PBNT)


c) Penganugerahan
i. Menguruskan pemberian Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar
ii. Menguruskan pemberian Anugerah Sarjana Terengganu kepada graduan-graduan

Yayasan Terengganu memahami dan prihatin terhadap kesusahan pelajar - pelajar disekolah yang terbeban dengan masalah kewangan keluarga yang mana menjadi salah satu punca pelajar terbabit sukar mendapat pendidikan dengan baik. Justeru itu, fungsi Yayasan Terengganu dalam menangani isu
ini adalah dengan membantu pelajar-pelajar tersebut menerusi :-

i) BIASISWA KECIL YAYASAN TERENGGANU (BKYT)

  • Biasiswa Kecil Yayasan Terengganu (BKYT) di perkenalkan pada tahun 1982. BKYT diberikan kepada anak-anak Negeri Terengganu yang bersekolah di sekolah-sekolah menengah (tingkatan 1-5) dalam negeri Terengganu dengan jumlah pendapatan keluarga (ibu+bapa) tidak melebihi RM2,500.00 sebulan. Kaedah yang digunapakai bagi permohonan dan pengurusan BKYT adalah melalui sistem atas talian sepenuhnya serta Permohonan BKYT boleh dimohon melalui sekolah masing-masing.
  • Bantuan adalah dalam bentuk wang tunai sebanyak RM500 setahun yang mana diberikan kepada mereka yang layak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Yayasan Terengganu sebagaimana berikut :

a. Bapa atau ibu pelajar lahir di Negeri Terengganu ; ATAU

b. Ibu bapa pelajar bermastautin di negeri Terengganu secara terus menerus tidak kurang dari sepuluh(10) tahun dan mempunyai niat akan terus menetap di Terengganu dengan mengemukakan Surat Pengesahan Bermastautin.
c. Jumlah pendapatan isi rumah (ibu + bapa) tidak melebihi RM2,500.00 sebulan
d. Pelajar tidak mendapat biasiswa dari mana-mana badan penaja .
e. Tidak dikenakan Tindakan Disiplin.

ii) BANTUAN PENDIDIKAN STPM

  • Pemberian ini telah bermula sejak tahun 2008 yang lalu sehingga kini (2023) seramai 27,613 orang pelajar telah menerima bantuan pendidikan STPM Yayasan Terengganu. Program ini dilaksanakan sebagai sokongan kewangan serta rangsangan motivasi kepada calon STPM untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam STPM.
  • Syarat-syarat asas :

a. Rakyat negeri Terengganu ATAU
b. Ibu atau bapa telah bermastautin dalam Negeri Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun dengan menyertakan Surat Akuan Bermastautin dan mempunyai niat serta bukti menunjukkan akan tinggal menetap di Terengganu.
c. Tidak menerima mana-mana biasiswa.
d. Sekolah yang terlibat adalah sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dalam negeri Terengganu Sahaja.

Kerajaan negeri Terengganu melalui Yayasan Terengganu menyediakan kemudahan asrama dan pembelajaran yang lebih baik kepada pelajar-pelajar luar bandar yang berpotensi tinggi untuk cemerlang yang tidak mendapat tempat di mana-mana Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk turut sama mencapai kejayaan dan kecemerlangan menerusi;-
ASRAMA YAYASAN TERENGGANU KEMAMAN (AYTK)

  • Syarat-syarat kemasukan ke AYTK adalah sebagaimana berikut 

a) Mendapat keputusan sekurang-kurangnya LULUS Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6.

b) Ibu atau bapa/penjaga adalah terdiri dari anak Terengganu.Pemastautin yang tinggal tetap di Terengganu melebihi 10 tahun serta mempunyai keinginan untuk tinggal terus (dibuktikan dengan perolehan aset tak alih) juga layak dipertimbangkan.

c) Keutamaan diberikan kepada pemohon yang ibu atau bapa/penjaga adalah PEMILIH BERDAFTAR DI DUN NEGERI TERENGGANU dan daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Usaha Yayasan Terengganu dalam memberi peluang kepada anak-anak Terengganu khususnya pelajar –pelajar madrasah / pondok (Calon Baru) untuk mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi memenuhi syarat kelayakan kemasukan ke peringkat selanjutnya(Universiti) samada di dalam dan luar negera serta membuka peluang ke dua kepada anak-anak Terengganu (Calon mengulang) yang mendapat keputusan SPM tidak memuaskan atau gagal untuk memperbaiki keputusan SPM agar lebih cemerlang melalui 

i) PUSAT PENDIDIKAN YAYASAN TERENGGANU BESUT
ii) PUSAT PENDIDIKAN YAYASAN TERENGGANU KUALA BERANG

  • Syarat-syarat kemasukan ke PPYT adalah sebagaimana berikut 

 

a. Ibubapa dan calon adalah WARGANEGARA MALAYSIA

b. Calon mestilah berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak lebih dari 25 tahun

c. Bagi calon mengulang, keputusan SPM sekurang-kurangnya LULUS 4(EMPAT) mata pelajaran (D dan E)

d. Calon WAJIB TAMAT PERSEKOLAHAN di sekolah/ madrasah yang lama.

e. Calon WAJIB mengikuti sesi persekolahan di PPYT TIDAK KURANG daripada 10 BULAN.

     

Yayasan Terengganu turut mengiktiraf dan menghargai kejayaan pelajar-pelajar dan graduan-graduan yang cemerlang dalam peperiksaan serta mendapat pengiktirafan daripada IPT masing-masing, justeru itu sama ada secara langsung dan tidak langsung ianya dapat menimbulkan minat dan motivasi terhadap pelajar/graduan lain agar lebih berusaha bagi mencapai kecemerlangan menerusi:-
i) ANUGERAH PINGAT EMAS & HADIAH KECEMERLANGAN PELAJAR YAYASAN TERENGGANU

  • Syarat-syarat asas :

a. Ibubapa atau ibu atau bapa rakyat negeri Terengganu ATAU ;
b. Ibu atau bapa telah bermastautin dalam Negeri Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun dengan menyertakan Surat Akuan Bermastautin dan mempunyai niat serta bukti menunjukkan akan tinggal menetap di Terengganu.

c. Ibu atau bapa pemohon mestilah pengundi berdaftar di negeri Terengganu.

  •  Kriteria Pemberian Hadiah Kecemerlangan Pelajar

a. Memperolehi keputusan peperiksaan SPM, SEMUA A (A+, A, A) dalam setiap matapelajaran yang diambil.
b. Memperolehi PNGK 3.84 hingga 4.00 bagi calon STPM
c. Manakala bagi calon peperiksaan STAM, calon haruslah memperolehi keputusan MUMTAZ.

ii) ANUGERAH SARJANA TERENGGANU
Anugerah ini merupakan salah satu pengiktirafan kepada semua graduan di kalangan anak Terengganu yang berjaya meraih keputusan yang cemerlang. Sejak tahun 1998 sehingga 2019 seramai 1815 orang pelajar telah menerima Anugerah Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu mengikut format dan syarat-syarat yang telah ditetapkan pada masa tersebut iaitu selain syarat asas, graduan-graduan mestilah mendapat PNGK 3.75 keatas.Namun, mulai tahun 2020 pihak pengurusan Yayasan Terengganu telah menukar cara penyampaian dan syarat-syarat kelayakan bagi Anugerah ini iaitu ditawarkan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda yang berjaya meraih Anugerah Unggul dan pengiktirafan secara individu di peringkat IPT yang diterima melalui Majlis Konvokesyen dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

  • Syarat-syarat asas :

a) ibubapa atau Ibu atau bapa rakyat negeri Terengganu ATAU
b) Ibu atau bapa telah bermastautin dalam Negeri Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun dengan menyertakan Surat Akuan Bermastautin dan mempunyai niat serta bukti menunjukkan akan menetap di Terengganu.
c) Ibu atau bapa pemohon/graduan mestilah  PEMILIH BERDAFTAR Di DUN NEGERI TERENGGANU.

  • Syarat-syarat Khusus

a) Berdasarkan konsep graduan terbaik dari yang terbaik sahaja dan telah dipilih serta mendapat pengiktirafan daripada pihak IPT melalui Majlis Konvokesyen atau majlis Anugerah seumpamanya.
b) Tafsiran pengiktirafan adalah graduan secara individu bagi pihak dirinya telah dipilih dan menerima anugerah UNGGUL melalui Majlis Konvokesyen yang dianjurkan oleh pihak universiti.

Statistik Pelawat
155289
Users Today : 268
Users This Month : 2396
Users This Year : 155288
Total Users : 155289
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu
Pembayaran Atas Talian
maybank
cimb
bsn
rhb
jom pay
terengganu pay (tpay)
Penafian: Yayasan Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Careline : +609-621 1800 / +609-621 1801
Faks : +609-623 2944
Emel : info@yt.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 10 ke atas
© Hakcipta Terpelihara 2024 . Portal Rasmi Yayasan Terengganu
Skip to content