info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |
0
Online
0
Hari Ini
0
Semalam
0
Bulan Ini
0
Tahun Ini
0
Keseluruhan
Kekal Termaklum

Berita Semasa

Lihat Semua Berita

Siaran Facebook, 05 November 2026

𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐑𝐎𝐇𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 “𝟏𝟎𝟎 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐔 𝐒𝐘𝐔𝐑𝐆𝐀, 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀?”

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 | 𝟱 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu dengan kerjasama Kelab Yayasan Terengganu telah mengadakan Program Kerohanian bertajuk “100 Hari Mengetuk Pintu Syurga, Bersediakah Jiwa Kita?” sebagai usaha menyemarakkan penghayatan Islam serta meningkatkan kesedaran warga YT terhadap kepentingan persediaan rohani dalam kehidupan.

Ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mad Kecik, Penceramah Bebas, yang berkongsi pengisian berkaitan keinsafan diri, amalan kebaikan serta kepentingan mempersiapkan jiwa dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Program seumpama ini diharap dapat memberikan manfaat dan inspirasi kepada warga Yayasan Terengganu untuk terus memperkukuh keimanan, memperbaiki amalan serta menjadikan kehidupan lebih bermakna berlandaskan tuntutan agama.

Berita Yayasan Terengganu - gambar 1

Siaran Facebook, 04 November 2026

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐌𝐁𝐀𝐇𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐀𝐒𝐊𝐈𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐏 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 | 𝟯 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu telah mengadakan Bengkel Penambahbaikan dan Pengemaskinian Prosedur Operasi Standard (SOP) Yayasan Terengganu Siri 1/2026 sebagai usaha memperkukuh tadbir urus organisasi serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan proses kerja.

Bengkel ini menampilkan Puan Wan Suraya binti Sahabaludin, Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Seksyen Kualiti), Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai penceramah jemputan yang berkongsi ilmu, pengalaman dan panduan berkaitan pengurusan kualiti serta amalan terbaik dalam penyediaan dan pengemaskinian SOP.

Penganjuran bengkel ini memberi tumpuan kepada semakan dan penambahbaikan SOP sedia ada agar lebih sistematik, jelas dan selaras dengan keperluan semasa organisasi.

Diharapkan inisiatif ini dapat memperkukuh budaya kerja profesional serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Yayasan Terengganu secara berterusan.

Siaran Facebook, 03 November 2026

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗞𝗘 𝗦𝗠𝗜𝗬𝗧 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Terengganu berbesar hati menerima kunjungan rasmi Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kepimpinan Yayasan Terengganu dalam memperkukuh tadbir urus, memantapkan pengurusan serta memperkasa kecemerlangan pendidikan Imtiaz.

Kunjungan ini merangkumi sesi perjumpaan bersama calon SPM Imtiaz Kuala Terengganu 2026, Mesyuarat Pengurusan Imtiaz Bil. 2/2026 serta Majlis Perasmian Bilik SEM SMIYT Kuala Terengganu.

Platform ini turut menjadi ruang strategik untuk memperkukuh penyelarasan pengurusan, meneliti perkembangan semasa serta menyelaras hala tuju dan inisiatif pembangunan pendidikan Imtiaz secara menyeluruh.

Semoga kunjungan ini terus menyuntik semangat dan komitmen seluruh warga Imtiaz untuk mempertingkatkan kualiti penyampaian pendidikan serta melakar kecemerlangan yang lebih bermakna dalam melahirkan generasi Ulul Albab.

Pautan Luar