Yayasan Terengganu ditubuhkan pada 1 Mei 1972 di bawah Enakmen Terengganu Bil. 9 Tahun 1972 untuk membantu kerajaan memajukan industri Pendidikan di negeri ini sebagai wahana utama membangun modal insan. Tujuan penubuhan ini termaktub dalam Enakmen berkenaan sebagai usaha untuk meningkat, memaju dan memperkembangkan peluang-peluang dan kemajuan-kemajuan pelajar rakyat negeri ini.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bahagian Tajaan dan Transformasi Pendidikan Yayasan Terengganu adalah seperti berikut :
i. Biasiswa skim pelajar cemerlang yayasan terengganu
ii. Biasiswa yayasan terengganu peringkat sarjana (master) & doktor falsafah (phd)
iii. Biasiswa program profesional acca
iv. Skim pinjaman yuran pengajian ijazah pertama luar negara
v. Skim pinjaman pelajaran top-up ipta dalam negara
vi. Skim pinjaman pelajaran secara one-off/top-up ipts dalam negara
vii. Skim pinjaman latihan kemahiran
viii. Bantuan persediaan
Bantuan lain yang disediakan oleh Yayasan Terengganu termasuklah :
Bayaran Balik Pinjaman Yayasan Terengganu boleh dibuat melalui :
Peminjam diberi rebat 10% hingga 20% daripada jumlah pinjaman/tuntutan jika jelaskan kesemua pinjaman dalam tempoh satu (1) hingga lima (5) tahun berdasarkan syarat-syarat yang ditentukan oleh Yayasan Terengganu.
Sebarang aduan boleh dibuat melalui info@yt.gov.my atau melalui talian telefon 09-621 1800 / 1801.