• web@yt.gov.my
  • +609-621 1800 / +609-621 1801

Sejarah

Sejarah Penubuhan

Yayasan Terengganu ditubuhkan pada 1 Mei 1972 di bawah Enakmen Terengganu Bil. 9 Tahun 1972 untuk membantu kerajaan memajukan industri Pendidikan di negeri ini sebagai wahana utama membangun modal insan. Tujuan penubuhan ini termaktub dalam Enakmen berkenaan sebagai usaha untuk meningkat, memaju dan memperkembangkan peluang-peluang dan kemajuan-kemajuan pelajar rakyat negeri ini.
Hasrat penubuhan ini diterjemahkan kepada fungsi berikut:-

i. Menaja pelajar di institusi pengajian dan latihan kemahiran;
ii. Membantu pelajar di peringkat persekolahan;
iii. Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan serta latihan; dan
iv. Menyelaras segala bentuk bantuan pelajaran kepada pelajar-pelajar Terengganu di semua peringkat pengajian.

Bagi mengurus perjalanan pentadbiran Yayasan Terengganu mengikut apa yang digariskan dalam enakmen, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan melantik 11 orang ahli bagi menganggotai Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu di mana tiga (3) orang adalah merupakan ahli tetap dan lapan (8) orang ahli lain dilantik oleh Raja di dalam mesyuarat.

Ahli Tetap:
Y.A.B. Menteri Besar – Pengerusi
Y.B. Setiausaha Kerajaan – Timbalan Pengerusi.
Y.B. Pegawai Kewangan Negeri – Ahli.

Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu dibantu oleh 11 jawatankuasa kecil dan lembaga kecil yang ditubuhkan bagi memantapkan lagi pengurusan perjalanan pentadbiran Yayasan Terengganu.
Statistik Pelawat
014963
Users Today : 1040
Users This Month : 14962
Users This Year : 14962
Total Users : 14963
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu
Pembayaran Atas Talian
Penafian: Yayasan Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Careline : +609-621 1800 / +609-621 1801
Faks : +609-623 2944
Emel : web@yt.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 10 ke atas
© Hakcipta Terpelihara 2024 . Portal Rasmi Yayasan Terengganu
Skip to content