• web@yt.gov.my
  • +609-621 1800 / +609-621 1801

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Yayasan Terengganu merupakan salah sebuah Jabatan di bawah Badan Berkanun Negeri Terengganu. Ianya ditubuhkan pada 1 Mei 1972 di bawah Enakmen Terengganu Bil. 9 Tahun 1972 yang bertujuan untuk membantu Kerajaan Negeri memaju dan memperkasa industri pendidikan di negeri ini sebagai wahana utama membangun modal insan.

Antara hasrat dan tujuan utama penubuhan Yayasan Terengganu adalah untuk menaja pelajar di institusi pengajian dan latihan kemahiran, membantu pelajar di peringkat persekolahan dengan menyediakan pelbagai bantuan kepada kumpulan sasar, menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan serta latihan kepada rakyat Negeri Terengganu dalam melanjutkan pelajaran di pelbagai peringkat dan bidang pengajian serta menyelaras segala bentuk bantuan pelajaran kepada pelajar-pelajar Terengganu di semua peringkat pengajian.

Usaha-usaha membangunkan sektor pendidikan ini selari dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam memperkasa Modal Insan melalui Prinsip Kedua Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) iaitu Insan Berkualiti Aset Terpenting Negeri. Menyedari kepentingan untuk melahirkan modal insan berkualiti dalam memimpin negeri khususnya dan negara amnya, maka Yayasan Terengganu diwujudkan demi mencapai hasrat murni Kerajaan Negeri ini.

Adalah diharapkan agar portal ini dapat menjadi wacana yang berkesan dalam Yayasan Terengganu menyebarluaskan perkhidmatan yang kami sediakan dan menyampaikan maklumat berguna kepada masyarakat Negeri Terengganu.

Akhir kata, semoga segala usaha yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan agar visi dan misi Yayasan Terengganu untuk menjadi sebuah organisasi cemerlang dalam menyediakan peluang membangun modal insan berkualiti dan menyediakan penajaan, bantuan dan kemudahan pembelajaran berkualiti bagi memenuhi Agenda Pendidikan Negara dapat direalisasikan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih kerana melayari portal kami.

YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham
Pengarah
Yayasan Terengganu
Statistik Pelawat
014964
Users Today : 1041
Users This Month : 14963
Users This Year : 14963
Total Users : 14964
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu
Pembayaran Atas Talian
Penafian: Yayasan Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Careline : +609-621 1800 / +609-621 1801
Faks : +609-623 2944
Emel : web@yt.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 10 ke atas
© Hakcipta Terpelihara 2024 . Portal Rasmi Yayasan Terengganu
Skip to content