• web@yt.gov.my
  • +609-621 1800 / +609-621 1801

Berita Terkini

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM KHAS ASASI IMTIAZ TAHUN 2022

KEMAMAN, 10 Nov – Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman tahun ini menjadi tuan rumah bagi Majlis Perasmian Penutup Program Khas Asasi Imtiaz Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2022. Majlis yang diadakan di Dewan Hayaati Ilmi, SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman ini telah melibatkan semua pelajar-pelajar tingkatan satu yang terlibat dengan program khas tersebut.
Majlis yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi Bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu ini turut dihadiri oleh Wakil Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu iaitu Tuan Haji Awi bin Salleh, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD.
Hadir bersama, Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah (Operasi) YT, Tuan Haji Jaafar bin Abdullah, Timbalan Pengarah (Pendidikan) YT, barisan pengetua, serta barisan guru penolong kanan sekolah.
Program Khas Asasi Imtiaz merupakan kurikulum khas bagi pelajar-pelajar Tingkatan Satu SM Imtiaz Yayasan Terengganu. Para pelajar didedahkan dengan program seperti kaedah menghafal al-Quran, asas-asas Bahasa Arab, pembinaan personaliti dan akhlak, asas teknologi maklumat, asas-asas Schoolwide Enrichment Model, serta sukan-sukan sunnah (berenang, berkuda & memanah).

Terdapat 5 Anugerah yang disampaikan dalam majlis ini iaitu Tokoh Asasi Imtiaz, Anugerah Hafazan Terbaik, Anugerah Akademik Terbaik, Anugerah Personaliti Terbaik dan Anugerah Khas Guru. Dalam majlis itu juga, YBhg. Dato’ Pengarah YT juga turut menyampaikan 100 unit iPad Apple untuk kegunaan pelajar-pelajar B40 di semua sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu.

Semoga anugerah-anugerah berkenaan menjadi satu titik semangat kepada semua guru dan pelajar untuk terus cemerlang.

Views: 0

Statistik Pelawat
011734
Users Today : 1106
Users This Month : 11733
Users This Year : 11733
Total Users : 11734
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu
Pembayaran Atas Talian
Penafian: Yayasan Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Careline : +609-621 1800 / +609-621 1801
Faks : +609-623 2944
Emel : web@yt.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 10 ke atas
© Hakcipta Terpelihara 2024 . Portal Rasmi Yayasan Terengganu
Skip to content