
Majlis bersama jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana pihak pekerja diberi
saluran untuk berkomunikasi dengan pihak pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan
dan serta menyumbangkan idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.
Di antara kebaikan yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan
dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja, kepuasan hati, peningkatan daya
pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat
menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.
Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan
bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu
berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja. Antara
perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan,
kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal
lain.
Encik Md Lizan bin Md Nong
mdlizan@yt.gov.my
011-16311245
Pengerusi Pihak Pekerja
Encik Ahmad Fahmi bin Fauzi
fahmi.fauzi@yt.gov.my
013-6905409
Urusetia / Setiausaha MBJ-YT
Encik Ahmad Hafiizhi bin Alilah
hafiizhiytrg@gmail.com
017-9841453
Setiausaha Pihak Pekerja
