Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan inni diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar tingkatan 5 yang telah menamatkan pengajian serta para pelajar yang telah Berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Majlis dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Turut hadir memeriahkan majlis YB. Haji Satiful Bahri bin Mamat (Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi), YBrs. Haji Rozali bin Salleh (Pegawai Kewangan Negeri), Ahli-Ahli Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu dan YBhg. Dato’ Mohd Azmi bin Mohamad Daham (Pengarah Yayasan Terengganu).
Tahniah dan syabas kepada para graduan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.
Views: 9