23 Mei, Kemaman – Seramai 400 orang Alumni Yayasan Terengganu telah menyertai Kongres Pendidikan Rakyat Terengganu (KoPeRaT) bertempat di Darul Iman Training Centre (DITC), Kemaman. Program dirasmikan oleh YB. Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Negeri Terengganu. Turut sama-sama hadir Ybhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu serta pegawai-pegawai Yayasan Terengganu.
Views: 1