Satu lawatan daripada Yayasan Terengganu telah diadakan pada 13 April 2021 (Selasa) untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga En. Mohd Zulkipli bin Abdullah, salah seorang kakitangan Yayasan Terengganu yang bertugas di Sek. Men. Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang.
Sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah Yayasan Terengganu, Ybhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham kepada En. Mohd Zulkipli bin Abdullah, yang telah mengalami strok baru-baru ini.
Yayasan Terengganu menyumbangkan sebuah kerusi roda, barangan keperluan serta wang tunai bagi meringankan bebanan keluarga kakitangan tersebut.
Ribuan terima kasih diucapkan di atas keprihatinan Ybhg. Dato’ dan para pegawai Yayasan Terengganu yang telah sudi melawat beliau di rumahnya di Kuala Berang untuk menyampaikan sumbangan.
Didoakan agar En. Mohd Zulkipli diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik InsyaAllah.
#yayasanterengganu
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Views: 2