Sekitar Lawatan Muhibah UiTM Dungun yang diketuai oleh Rektor UiTM Dungun, YBhg. Prof. Ts. Dr. Mazidah Puteh dan delegasinya seramai 5 orang jam 10.00 pagi tadi.
Kunjungan delegasi UiTM Dungun telah disambut oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu serta para Pegawai Kanan Yayasan Terengganu.
Lawatan berkisar tentang Memorandum of Understanding (MoU) di antara Yayasan Terengganu bersama UiTM Dungun di dalam program ACCA dan Foundation In Accounting (FIA).
Semoga kerjasama baik Yayasan Terengganu dan UiTM Dungun akan terus diperkasa demi pendidikan warga Terengganu.
#yayasanterengganu
#uitm
#membangunilaimerintiskejayaan
#JubliEmasYayasanTerengganu
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Views: 2