
𝟳 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂
YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) diketuai oleh YBhg. Prof. Datin Dr. Mimi Sakinah binti Abdul Munaim, Penolong Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (Pengantarabangsaan dan Kerjasama Akademik), dengan tujuan utama untuk memperkenalkan barisan pengurusan baharu Confucius Institute (CI) UMPSA kepada pihak YT.
Dalam sesi pertemuan tersebut, turut dibentangkan hasil kerjasama antara Confucius Institute UMPSA dan YT sepanjang tempoh Januari hingga September 2025, merangkumi pelbagai inisiatif akademik dan kebudayaan yang telah memberi impak positif kepada pelajar-pelajar.







Selain itu, perbincangan turut menyentuh tentang penawaran Program Dual Ijazah di UMPSA yang berpotensi memberikan lebih banyak pilihan kepada pelajar dalam memperluaskan peluang pendidikan ke peringkat antarabangsa.
Kedua-dua pihak juga menekankan kepentingan meneroka potensi kerjasama strategik yang lebih meluas antara YT dan UMPSA, khususnya dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan modal insan.
Sesi kunjungan ini diharap dapat memperkukuh hubungan sedia ada serta membuka lebih banyak ruang kerjasama pada masa akan datang.
Views: 2
