Alhamdulillah, Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Sekolah-Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Tahun 2025 yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, YB Dato’ Haji Satiful Bahri bin Mamat yang mewakili YAB Menteri Besar Terengganu ini telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna hari ini.
Seramai 606 orang pelajar diraikan atas kejayaan mereka bukan sahaja dalam bidang akademik, malah turut berjaya menghafaz Al-Quran sepanjang lima tahun pengajian dan ini merupakan bukti kecekalan dan kesungguhan yang luar biasa!
Turut diraikan adalah jasa para guru dan ibu bapa yang menjadi tunjang kejayaan anak-anak IMTIAZ.
Majlis ini jelas membuktikan bahawa IMTIAZ akan terus melahirkan generasi rabbani, berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. Syabas dan tahniah kepada semua graduan!
Views: 57