KUALA NERUS, 30 Sept – Sukan PERMATA Kebangsaan (SUPER-K) diadakan bertujuan untuk melahirkan generasi mahasiswa yang sihat serta cergas dan disertai oleh seramai 224 orang mahasiswa Anak Terengganu . Antara sukan yang dipertandingkan adalah badminton (kategori double lelaki & perempuan), bola jaring & futsal.
Program yang julung-julung kali diadakan ini dirasmikan oleh YB Haji Hishamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO Terengganu.
Majlis perasmian penutup dimulakan dengan sesi showmatch Perlawanan Futsal antara Yayasan Terengganu & Co-opbank disusuli Sepakan Penalti oleh YB Exco dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Encik Azlishan Hamid, Pengurus Co-opbank PERTAMA Cawangan Kuala Terengganu serta pegawai-pegawai Yayasan Terengganu.
Views: 24