KUALA TERENGGANU, 22 Sept – Program Townhall Mahasiswa Anak Terengganu bersama YAB Menteri Besar Terengganu merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Yayasan Terengganu telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran panel jemputan iaitu, YBhg. Dato’ Hajjah Nabilah binti Abd Mubin, Pengarah dan Naib Presiden Kewangan, ExxonMobil Malaysia dan Yang Berusaha Encik Ibrahim Sani merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju dan disempurnakan dengan Sesi Dialog Mahasiswa bersama YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.
Program yang disertai seramai 550 orang mahasiswa Anak Terengganu ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan keterlibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam memberi pandangan dan idea untuk pembangunan mahasiswa Terengganu di samping dapat membudayakan pemikiran intelektual , matang dan kritis dalam kalangan mahasiswa.
Turut hadir YB Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat, (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan lnsan), Ahli – ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli – Ahli Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu, YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu, Ketua- Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta rakan-rakan strategik daripada agensi jabatan kerajaan negeri & persekutuan.
Views: 41