KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Yayasan Terengganu hari ini menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Yayasan Sarawak (YS) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS).
Delegasi yang diketuai oleh Pengarah Yayasan Sarawak, Yang Berusaha Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli disambut mesra oleh Pengarah Yayasan Terengganu, Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham serta pegawai-pengawai kanan Yayasan Terengganu.
Kunjungan hormat seramai 40 orang yang terdiri daripada pegawai Yayasan Sarawak serta Pegawai Pendidikan seluruh daerah Negeri Sarawak ini adalah bertujuan bagi berkongsi pendapat dan idea dalam pembangunan pendidikan anak-anak negeri Terengganu dan Sarawak.
Turut hadir bersama-sama delegasi berkenaan, Timbalan Pengarah (Sektor Pembelajaran) JPNS, Puan Hajah Siti Zulaiha binti Haji Ibrahim, dan Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Biasiswa, Program dan Bantuan) YS, Encik Zamahari bin Haji Saidi.
Views: 21