KUALA TERENGGANU, 9 Sept – Majlis Anugerah Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu telah diadakan dengan jayanya di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam hari ini. Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar.
Seramai 628 orang pelajar telah diraikan pada majlis hari ini dan ia merupakan manifestasi hasil usaha serta kerjasama semua pihak dengan saban tahun, semakin ramai anak-anak pelajar Terengganu berjaya mencipta kecemerlangan di semua peringkat pendidikan.
Yayasan Terengganu mengharapkan apa yang diraikan pada hari ini dapat dijadikan momentum untuk terus menempa kejayaan pendidikan pada masa yang akan datang.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, YB Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat, serta Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, YB Dato’ Nara Setia.
Views: 109