DUNGUN, 22 Julai – Telah berlangsung Program STEM CAMP MOSTI | Terengganu STEM Outreach Workshop (Fasa 1) bagi Zon D, di Sekolah Menengah Islam Darul Iman Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun.
Program ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat, YB Dato’ Haji Satiful Bahari Bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Tuan Haji Lothman bin Awang, Pengarah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu serta YBrs. Puan Haslina binti Abdullah, Pengarah Jabatan Kimia Negeri Terengganu.
Program STEM Outreach Workshop (Fasa 1) Zon D ini melibatkan 20 buah sekolah dari daerah Dungun dan Kemaman. 10 buah sekolah daripada setiap zon telah dipilih bagi mengikuti Fasa 2 yang dijangka akan berlangsung pada bulan September bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Views: 46