KUALA TERENGGANU, 16 Julai – Delegasi MARii yang terdiri daripada Ketua Jabatan Pembangunan Modal Insan, Encik Mohammad Iqbal bin Zahari, , dan Ketua Unit Pemasaran Pembangunan Modal Insan, Yang Mulia Tengku Ariffudin bin Tengku Fadlong, disambut oleh Timbalan Pengarah (Pendidikan), Tuan Haji Megat Samsuddin bin Megat Yusof.
MARii, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI), terkenal dengan tanggungjawabnya dalam mengembangkan modal insan, khususnya dalam industri automotif. Program-program seperti Youth & Special Programme dan University Student & Fresh Graduates Programme telah dibentangkan untuk diberikan penerangan kepada pengurusan YT berkaitan program berkenaan. Program ini merupakan satu program pendedahan serta pengalaman awal di dalam persekitaran industri pembuatan kepada belia lepasan sekolah dan mahasiswa kejuruteraan dari Institut Pengajian Tinggi tempatan disamping memberi peluang pekerjaan.
Views: 38