• info@yt.gov.my
  • +609-621 1800 / +609-621 1801

Berita Terkini

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM FIT-YT

KUALA TERENGGANU, 04 Julai – YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu (YT) hari ini telah merasmikan Program Fit-YT anjuran Pengurusan YT bersama Kelab YT. Program ini adalah bertujuan untuk mendorong gaya hidup yang sihat, mencegah penyakit, dan meningkatkan kualiti hidup kepada kakitangan YT khususnya.

Pelbagai aktiviti akan diadakan melalui program ini antaranya Senam Santai, Senam Robik (Wanita), Berbasikal dan sebagainya yang mana aktiviti-aktiviti ini akan berlangsung setiap hari selepas waktu bekerja.

Turut hadir dalam majlis ini, YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah (Pendidikan), YBrs. Puan Rohani binti Mat Amin, Timbalan Pengarah (Operasi)  serta pegawai-pegawai dan kakitangan YT.

Diharapkan program ini akan menunjukan komitmen YT dalam menghasilkan pekerja yang lebih sihat dan produktif dalam menjalankan tugas harian mereka.

Views: 22

Statistik Pelawat
155698
Users Today : 360
Users This Month : 2805
Users This Year : 155697
Total Users : 155698
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu
Pembayaran Atas Talian
maybank
cimb
bsn
rhb
jom pay
terengganu pay (tpay)
Penafian: Yayasan Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Careline : +609-621 1800 / +609-621 1801
Faks : +609-623 2944
Emel : info@yt.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 10 ke atas
© Hakcipta Terpelihara 2024 . Portal Rasmi Yayasan Terengganu
Skip to content