KUALA TERENGGANU, 21 Ogos – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 & Jasamu Dikenang Yayasan Terengganu telah berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam. Penyampaian Anugerah oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu.
YBM Tengku Seri Bijaya Raja turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 33 penerima APC Yayasan Terengganu tahun 2023 dan menyeru agar warga Yayasan Terengganu utk terus memberikan perkhidmatan yang mengutamakan rakyat dengan penuh profesional, progresif dan berintegriti seiring dengan Transformasi Teknologi Maklumat Zaman Revolusi Industri 4.0 yang mana mobiliti kepantasan & kecekapan memainkan peranan yang sangat signifikan dalam sesuatu perkhidmatan kerajaan. Majlis ini juga telah meraikan para pesara Yayasan Terengganu yang telah memberikan khidmat bakti dalam kemajuan pendidikan anak-anak Terengganu.
#yt2023
#membangunilaimerintiskejayaan
#MalaysiaMadani
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Views: 12