MARANG, 18 JULAI – Majlis Pecah Tanah Kompleks Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Marang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.
Pembinaan sebuah Kompleks SMIYT Marang merupakan satu keperluan pada masa sekarang, ini kerana SMIYT Marang yang sedia ada merupakan sebuah sekolah yang dibina secara sementara, iaitu dengan menumpang di Sekolah Rendah Wakaf Tapai sebagai premis untuk pembelajaran dan menggunakan kuarters Sekolah Menengah Wakaf Tapai, Marang sebagai asrama pelajar.
Selain itu, pihak pengurusan SMIYT Marang juga terpaksa berhadapan dengan masalah kemudahan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran yang terhad dan tidak mencapai standard yang diperlukan.
Dengan terbinanya sebuah kompleks kekal SMIYT itu nanti, akan dapat memberi peluang pembelajaran yang lebih besar kepada pelajar. Jumlah pelajar akan dapat ditingkatkan daripada 150 orang (pada masa sekarang) kepada 500 orang pada tahun 2027 nanti.
Kompleks ini akan dibina di atas tanah seluas 40 ekar. Dengan keluasan ini, pelbagai kemudahan infrastruktur pembelajaran, sukan dan rekreasi akan dapat disediakan untuk kegunaan pelajar.
Keunikan SMIYT Marang berbanding SMIYT yang lain ialahpendekatan pembelajaran bahasa mandarin yang mula diperkenalkan pada tahun 2020. Sehubungan itu, semoga pembinaan Kompleks SMIYT Marang baharu ini akan menjadi pemangkin pembinaan generasi Ulul Albab seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
2M2A5160
2M2A5169
2M2A5179
2M2A5182
2M2A5185
2M2A5188
2M2A5189
2M2A5190
2M2A5199
2M2A5206
2M2A5208
2M2A5221
2M2A5225
2M2A5236
2M2A5248
2M2A5252
2M2A5255
2M2A5256
2M2A5260
2M2A5261
2M2A5262
2M2A5263
Views: 62