Dungun, 14 Nov – Yayasan Terengganu yang diketuai oleh Pengarah Yayasan Terengganu YBhg. Dato’ Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Timbalan Pengarah (Operasi) Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof dan KPP (Projek & Pengurusan Harta) telah melakukan lawatan ke SMIYT Dungun berhubung keperluan asrama dan bilik darjah bagi pengambilan pelajar yang akan datang berdasarkan unjuran yang telah dibuat oleh Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu.
Keperluan yang dibincangkan adalah melibatkan cadangan tapak bagi pembinaan sebuah blok akademik baru dan penyelenggaraan bangunan-bangunan lain sediada seperti asrama, dewan makan dan blok akademik.
Seterusnya program diteruskan dengan lawatan tapak ke tanah milik Yayasan Terengganu di Balai Besar, Gong Pasir bagi mengenal pasti keadaan fizikal tanah untuk dibuat pembangunan akan datang.
Views: 8