AMPANG, 7 OKT – YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu hari ini mengetuai delegasi YT ke Sekolah Islam Adni bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara YT dan pihak sekolah tersebut dalam pelan perancangan merealisasikan penubuhan Sekolah Imtiaz Swasta (Imtiaz International School).
Delegasi YT yang disertai oleh YBrs. Haji Mazlan bin Che Wil, Timbalan Pengarah (Operasi), YBrs. Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah (Tugas-Tugas Khas) serta pegawai-pegawai pengurusan tertinggi YT itu telah disambut mesra oleh YBhg. Prof. Dr. Haji Hasni bin Mohammed selaku Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah Islam Adni.
Pihak delegasi YT juga telah diberi peluang untuk melawat dan melihat sendiri proses pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah tersebut. Semoga sesi lawatan kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara YT dan Sekolah Islam Adni.
#yayasanterengganu
#membangunilaimerintiskejayaan
#keluargaYT
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Views: 4