• info@yt.gov.my
  • +609-621 1800 / +609-621 1801

Berita Terkini

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG & JASAMU DIKENANG YAYASAN TERENGGANU 2022

KUALA TERENGGANU, 03 OKT – Yayasan Terengganu hari ini telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Jasamu Dikenang bagi menghargai kakitangan yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2021 dan bagi mengenang jasa serta sumbangan kakitangan yang telah bersara pada tahun 2021 dan tahun 2022. Majlis ini telah dihadiri YB Dato’Haji Rozali bin Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu selaku wakil YBM Setiausaha Kerajaan Terengganu bagi merasmikan majlis berkenaan.
“Setiap kejayaan suatu organisasi pastinya datang dari usaha, semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi. Setiap pejawat awam haruslah menitik beratkan soal disiplin di tempat kerja. Ini adalah penting dalam kita menjadikan nilai integriti sebagai satu budaya kerja kita” kata YB Dato’Haji Rozali bin Salleh dalam majlis berkenaan.
Beliau juga mengingatkan agar semua penjawat awam perlulah menjadikan Prinsip Islam sebagai asas dalam pentadbiran, ekonomi yang bebas riba, rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa serta Penghayatan Taqwa haruslah menjadi asas terpenting dalam pentadbiran dan pembangunan masyarakat.
 
Dalam majlis berkenaan turut disampaikan penyerahan Anugerah Sekolah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SM Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2021.

Views: 4

Statistik Pelawat
155244
Users Today : 223
Users This Month : 2351
Users This Year : 155243
Total Users : 155244
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu
Pembayaran Atas Talian
maybank
cimb
bsn
rhb
jom pay
terengganu pay (tpay)
Penafian: Yayasan Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Careline : +609-621 1800 / +609-621 1801
Faks : +609-623 2944
Emel : info@yt.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 10 ke atas
© Hakcipta Terpelihara 2024 . Portal Rasmi Yayasan Terengganu
Skip to content