2 OKT – Yayasan Terengganu hari ini telah mengadakan mesyuarat bersama pengetua-pengetua sekolah yang terlibat dalam program YTP. Mesyuarat ini yang telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Jaafar bin Abdullah, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu ini adalah untuk membincangkan tentang isu-isu semasa dalam pelaksanaan program YTP di sekolah-sekolah yang terlibat di Negeri Terengganu ini.
Turut hadir bersama, YBrs. Tuan Haji Kasman bin Embong, Timbalan Pengarah (Sektor Pembelajaran) serta pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Views: 5