KUALA LUMPUR, 15 Sept – Yayasan Terengganu (YT) selaku Jabatan Angkat Pasukan Karate Terengganu hari ini telah bersama-sama memberi sokongan dan semangat kepada pasukan berkenaan pada perlawanan yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
YB Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional merangkap Bapa Angkat Pasukan Karate Terengganu bersama-sama YB Hajah Zuraida binti Md. Noor, ADUN Wakil Wanita Terengganu serta YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah YT turut bersama-sama meluangkan masa turun memberi sokongan kepada pasukan berkenaan.
Adik Siti Nur Azwani binti Nor Azli telah merangkul juara bagi kategori women’s kumite -61kg dengan mengalahkan Naveena A/P Pathiyanathan (Pulau Pinang) dengan mata 2-0.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Adik Azwani !!!
Views: 4