KUALA TERENGGANU,15 Ogos – Yayasan Terengganu hari ini membuat kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT). Delegasi yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu telah disambut oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Muie bin Ngah, Pengarah JPNT serta pegawai-pegawai JPNT. Turut serta dalam delegasi Yayasan Terengganu, Tuan Haji Mazlan bin Che Wil,Timbalan Pengarah(Operasi) serta Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz.
#yayasanterengganu
#jubliemasyayasanterengganu
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Views: 6