• info@yt.gov.my
  • +609-621 1800 / +609-621 1801

Berita Terkini

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐒𝐏𝐌 𝐏𝐏𝐘𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 | 𝟯𝟬 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Seramai 236 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 dari Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu (PPYT) Besut dan PPYT Kuala Berang menerima amanat, sokongan serta kata-kata semangat daripada Pengarah Yayasan Terengganu, Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab dalam satu majlis yang diadakan hari ini.

Majlis Amanat Pengarah kepada Calon SPM PPYT 2026 itu diadakan sebagai persediaan dan suntikan semangat kepada para calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM yang dijadualkan bermula pada 26 Oktober 2026.

Dalam amanatnya, Ahmad Farhan menyeru para calon agar terus memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap persediaan menghadapi peperiksaan, di samping menjaga disiplin, kesihatan dan kesejahteraan diri sepanjang tempoh peperiksaan.

Beliau turut menzahirkan sokongan Yayasan Terengganu kepada semua calon serta berharap mereka dapat menggunakan segala ilmu dan bimbingan yang telah diberikan oleh para guru untuk mencapai keputusan yang membanggakan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Terengganu, Yang Berusaha Encik Mohd Nazri bin Muda.

Dalam majlis yang sama, Yayasan Terengganu turut meraikan lima orang pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan SPM yang berlangsung baru-baru ini.

Pencapaian tersebut menjadi sumber inspirasi kepada calon-calon lain untuk terus berusaha dengan gigih dan meningkatkan prestasi masing-masing menjelang peperiksaan sebenar.

Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada calon, Yayasan Terengganu turut menyampaikan kit alat tulis kepada semua calon SPM yang hadir. Sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu melengkapkan keperluan para pelajar sepanjang menduduki peperiksaan.

Yayasan Terengganu berharap seluruh calon SPM Tahun 2026 dapat memanfaatkan tempoh akhir persediaan dengan sebaiknya, terus berusaha, berdoa dan yakin dengan kemampuan diri masing-masing bagi menghadapi peperiksaan yang bakal ditempuhi.

Views: 0

Statistik Pelawat
  • Online:
  • Hari ini:
  • Semalam:
  • Bulan ini:
  • Tahun ini:
  • Keseluruhan:
1
576
542
20627
48052
318698
logo yt
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu
Pembayaran Atas Talian
maybank
cimb
bsn
rhb
jom pay
terengganu pay (tpay)
Penafian: Yayasan Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Careline : +609-621 1800 / +609-621 1801
Faks : +609-623 2944
Emel : info@yt.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 10 ke atas
© Hakcipta Terpelihara 2024 . Portal Rasmi Yayasan Terengganu