
𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔 | 𝟭 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲
Yayasan Terengganu (YT) menganjurkan Bengkel Strategi Komprehensif Pengurusan, Pelindungan dan Pengeluaran Hasil Hutan bagi Konsesi Yayasan Terengganu sebagai platform memperkukuh pengurusan kawasan konsesi secara lebih sistematik, berkesan dan mampan.
Bengkel berkenaan dirasmikan oleh YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu, dan turut dihadiri YBrs. Tuan Haji Ramli bin Mat, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT), serta pegawai-pegawai JPNT dan YT.
Bengkel memberi tumpuan kepada hala tuju Rancangan Pengurusan Hutan Yayasan Terengganu 2026–2035, meliputi aspek pemantauan, perlindungan kawasan, kelestarian ekosistem serta pengeluaran hasil hutan secara seimbang.
Antara isu utama yang dibincangkan ialah pencerobohan kawasan konsesi serta langkah memperkukuh kawalan melalui mekanisme pemantauan, kerjasama strategik antara YT dan JPNT, pengenalpastian kawasan berisiko serta penggunaan teknologi yang bersesuaian.
Bengkel ini turut menjadi platform perkongsian maklumat dan perbincangan antara kedua-dua pihak bagi merangka tindakan praktikal serta memperkukuh kerjasama dalam memastikan pengurusan konsesi dilaksanakan secara teratur, berkesan dan lestari.
YT berharap hasil perbincangan bengkel dapat diterjemahkan kepada tindakan nyata, sekali gus menjadi asas kepada pengurusan konsesi hutan yang lebih tersusun dan mampan untuk tempoh akan datang.





Views: 1
