
KUALA TERENGGANU, 21 hingga 23 Oktober – Ujian Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 ke Sekolah-Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu bagi Sesi 2026 telah berlangsung dengan lancar di Taman Tamadun Islam Convention Centre.
Seramai 4,198 calon dari seluruh Malaysia hadir bagi menduduki ujian berkenaan di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu.
Ujian ini merupakan langkah penting dalam proses pemilihan pelajar baharu ke Sekolah-Sekolah Imtiaz yang terkenal dengan gabungan pendidikan akademik cemerlang dan hafazan Al-Quran serta penerapan sahsiah Islamiah sebagai teras utama.





Views: 180
