KUALA NERUS, 19 Mac – Majlis Iftar pada kali ini diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi mewakili Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.
Majlis Iftar yang dihadiri seramai 500 peserta ini melibatkan seluruh universiti di Malaysia. Didoakan agar semua anak-anak Terengganu di seluruh universiti meraih kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat.
Turut hadir sama Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua- ketua Jabatan serta pegawai-pegawai Yayasan Terengganu.
Views: 2