Skip to content
  • info@yt.gov.my
  • +609-621 1800 / +609-621 1801

Berita Terkini

MAJLIS APRESIASI PENERIMA BIASISWA YT-TI YOUNG TALENT SCHOLARSHIP PROGRAMME TAHUN 2024

cc1c8711-6c07-410f-a36c-6a6c7a2bb69c

KUALA TERENGGANU, 26 Feb – Majlis Apresiasi Penerima Biasiswa YT-TI Young Talent Scholarship Programme yang diadakan di Dewan Jamuan Tingkat 18, Wisma Darul Iman pada hari ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Yang Berhormat Dato’ Haji Satiful Bahri bin Mamat mewakili Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

Seramai 10 orang penerima biasiswa telah diberikan surat tawaran biasiswa dalam majlis tersebut di mana Terengganu Inc menerusi syarikat-syarikat kumpulan telah menyumbang sebanyak RM 500,000.00 sebagai komitmen jangka panjang bagi membangunkan modal insan kelas pertama negeri ini.

Para penerima ini dipilih berdasarkan kecemerlangan akademik dan potensi mereka dalam bidang sains, teknologi, dan pembangunan insan, yang akan membantu dalam memperkasa pembangunan negeri Terengganu.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Dato’ Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Presiden & Pengarah Eksekutif Terengganu Inc., Yang Berusaha Tuan Haji Burhanuddin Hilmi bin Mohamed@Harun, Pengarah Yayasan Terengganu, Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Syarikat Kumpulan Terengganu Inc., Pegawai-pegawai Yayasan Terengganu, serta ibu bapa penerima biasiswa.

Dalam ucapannya, Dato’ Haji Satiful Bahri bin Mamat mengucapkan sekalung tahniah kepada para penerima biasiswa atas usaha gigih mereka dan menyeru mereka untuk terus berusaha dalam mengejar kejayaan yang lebih tinggi. Beliau juga menekankan pentingnya program ini dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti bagi menyokong pembangunan negeri Terengganu.

Majlis ini bukan sahaja sebagai penghargaan kepada penerima biasiswa, tetapi juga sebagai satu inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kemahiran.

Views: 29

Statistik Pelawat
  • Online:
  • Hari ini:
  • Semalam:
  • Bulan ini:
  • Tahun ini:
  • Keseluruhan:
0
19
80
10025
94880
190343
logo yt
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu
Pembayaran Atas Talian
maybank
cimb
bsn
rhb
jom pay
terengganu pay (tpay)
Penafian: Yayasan Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Careline : +609-621 1800 / +609-621 1801
Faks : +609-623 2944
Emel : info@yt.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 10 ke atas
© Hakcipta Terpelihara 2024 . Portal Rasmi Yayasan Terengganu