KUALA TERENGGANU, 5 JAN – Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab telah menerima kunjungan daripada UTP yang diwakili oleh Encik Zulkarnan bin Abdul, Pengarah Kemasukan, Rekod & Pemasaran serta Encik Tajul Ariffin bin Shamsuddin, Ketua Unit Biasiswa, Penajaan dan Pemasaran.
Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk membincangkan tentang kerjasama strategik antara YT dan UTP, khususnya dalam menyediakan peluang menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi kepada pelajar lepasan SPM Anak Terengganu.
Semoga hubungan dua hala ini adalah menjadi platform terbaik untuk saling bertukar pandangan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu menyumbang kepada negeri, bangsa dan Negara.
Views: 22