BESUT, 30 Dis – Pengarah Yayasan Terengganu, Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab hari ini telah meluangkan masa bersama pelajar-pelajar Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu Besut (PPYTB) yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
YBrs. Pengarah turut meluahkan rasa kagum dengan hasil keputusan yang baik pada peperiksaan percubaan SPM yang lepas serta kesungguhan anak-anak pelajar PPYTB dalam menghadapi persiapan untuk peperiksaan SPM yang akan datang. Beliau berharap PPYTB akan terus melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang di masa akan datang.
Hadir bersama, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Pendidikan) YT, Encik Yusrisyam bin Ibrahim dan pegawai-pegawai Yayasan Terengganu.
Views: 17