• info@yt.gov.my
  • +609-621 1800 / +609-621 1801

Berita Terkini

MAJLIS PENYERAHAN WANG PENDAHULUAN & PELEPASAN PELAJAR KE ALGERIA

b2670cff a78b 4a2e 9590 dda89ce2aded

KUALA TERENGGANU, 6 Dis – Seramai 18 orang pelajar telah berjaya memperoleh peluang melanjutkan pengajian ke Emir Abdelkader University di Constantine, Algeria diraikan dalam satu majlis yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Ustaz Ahmad Shah bin Muhamed, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan.

15 orang daripadanya adalah pelajar tajaan Yayasan Terengganu dan 3 orang pelajar lagi adalah pelajar tajaan Yayasan Pendidikan Maidam (YPM) yang merupakan kumpulan ketiga yang dihantar ke Algeria untuk meneruskan pengajian dalam bidang keagamaan yang pastinya akan membawa manfaat besar kepada negeri dan negara.

Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu turut sempat meluangkan masa bagi memberi kata-kata semangat kepada para pelajar yang akan terbang ke Algeria di Kuala Lumpur International Airport.

Semoga pelajar-pelajar ini berjaya dalam melanjutkan pengajian di Algeria.

Views: 5

Statistik Pelawat
  • Online:
  • Hari ini:
  • Semalam:
  • Bulan ini:
  • Tahun ini:
  • Keseluruhan:
6
350
369
13653
132797
168270
logo yt
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu
Pembayaran Atas Talian
maybank
cimb
bsn
rhb
jom pay
terengganu pay (tpay)
Penafian: Yayasan Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Careline : +609-621 1800 / +609-621 1801
Faks : +609-623 2944
Emel : info@yt.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 10 ke atas
© Hakcipta Terpelihara 2024 . Portal Rasmi Yayasan Terengganu
Skip to content