MARANG, 16 Disember – 13 orang Anak Soleh Pintar yang berjaya khatam 30 juzuk Al-Quran dengan 11 daripadanya merupakan pelajar Aliran Tahfiz Mandarin telah diraikan dalam Majlis Graduasi Hafazan dan Khatam Al-Quran Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu (SMIYT) Marang.
Majlis tersebut adalah bagi memberi penghargaan di atas pencapaian para murid yang telah berusaha dengan sebaiknya demi kecemerlangan dalam bidang Hafazan Al-Quran serta akademik.
Ianya telah dirasmikan oleh YB Haji Sulaiman bin Sulong, Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan merangkap YDP Persatuan Ibu Bapa & Guru SMIYT Marang. Turut hadir adalah YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu, Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu serta Encik Mohd Nazri bin Muda, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan IMTIAZ) Yayasan Terengganu.
Semoga Anak-anak Soleh Pintar Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu dapat menempa kejayaan hafazan serta akademik yang lebih cemerlang pada tahun-tahun mendatang.
Views: 47