KUALA TERENGGANU, 28 Nov – YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Timb. Pengarah (Pendidikan) mewakili Pengarah Yayasan Terengganu hari ini telah merasmikan Majlis Sambutan Hari Integriti & Derma Darah Yayasan Terengganu bagi tahun 2024.
Sambutan majlis turut dihadiri oleh YBrs. Puan Rohani binti Mat Amin, Timb. Pengarah (Operasi) YT, barisan Ketua Pen. Pengarah & Ketua Unit, barisan Pengetua SM Imtiaz Yayasan Terengganu, pegawai & kakitangan, wakil Agensi Penguatkuasa, Mahasiswa/i PERMATA, pelajar-pelajar Kolej & lain-lain jemputan.
Majlis diserikan dengan pameran daripada Agensi-agensi seperti SPRM, PDRM, PENJARA, AADK, AKPK, BOMBA dan gerai-gerai jualan bagi menarik kakitangan & masyarakat umum untuk lebih dekat dengan Unit Integriti dalam memahami erti sebenar integriti itu sendiri.
Sambutan kali ini juga buat julung kalinya Unit Integriti YT memperkenalkan Anugerah Integriti iaitu ‘Anugerah Kakitangan Berintegriti’ di mana Jawatankuasa Panel Pemilihan memutuskan ianya dianugerahkan kepada En. Mohd Nasir bin Mohd, Pen. Pegawai Tadbir (Perhutanan), Bahagian Projek & Pengurusan Harta di atas perkhidmatan yang cemerlang, berdedikasi, komited & berintegriti kepada jabatan.
Turut terlibat adalah kerjasama erat Jawatankuasa Kelab Yayasan Terengganu bersama Unit Tabung Darah HSNZ dalam menjayakan Program Derma Darah kali ini tatkala cuaca agak tidak menentu namun ianya tetap mendapat sambutan yang menggalakkan. Syabas & Tahniah !!
Views: 11