DUNGUN, 28 Oktober – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Yang Berhormat, Ahmad Shah bin Muhamed hari ini telah merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Idul Ilmi Sekolah-Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun.
Karnival yang berlangsung selama dua hari ini telah disertai seramai 76 orang pelajar yang terdiri daripada semua Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu. Karnival ini merupakan aktiviti tahunan yang bertujuan untuk mengasah bakat baharu dan menggilap bakat terpendam dalam kalangan pelajar serta menjadi medan untuk mengeratkan ukhuwah sesama warga imtiaz.
Menurut Penyelaras Program, YBrs. Ustaz Muhammad Rifqi bin Rosli, program ini merupakan sebahagian daripada manifestasi usaha pengukuhan komponen utama Ulul Albab iaitu Quranik bagi merealisasikan cita-cita murni melahirkan generasi imtiaz yang berkemahiran insaniah serta unggul di mata dunia.
Turut hadir ke majlis ini, Pengarah Yayasan Terengganu, YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, YDP PIBG SM Imtiaz YT Dungun, YB Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin bin Tengku Md Fauzi, Timbalan Pengarah (Akademik) JPINT, Haji Sahari Anuar bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Program Pembangunan Adab Dan Nilai, Sektor Pendidikan Islam JPNT, YBrs. Abdul Sham Bin Ahmad, serta Pengetua-pengetua Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.
Views: 11