28 Oktober – Seramai sembilan orang pelajar telah terpilih sebagai penerima Skim Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Terengganu yang ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke Tunisia bagi Tahun 2024 yang bakal berlepas ke Tunisia pada malam ini.
Majlis pelepasan ini telah dirasmikan oleh YB Ahmad Shah bin Muhamed, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu. Turut hadir sama YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Tuan Haji Mohd Zaini bin Mohd Nor, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) serta pegawai-pegawai daripada Yayasan Terengganu.
Views: 13