KUALA TERENGGANU, 23 Okt – Majlis Perasmian Penutupan Terengganu STEM Outreach Workshop Tahun 2024 Fasa 3 hari ini telah dirasmikan oleh YB Ahmad Shah bin Muhamed, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu. Program yang telah diadakan di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) ini telah melibatkan seramai 300 orang pelajar menengah rendah dari 60 buah sekolah seluruh negeri Terengganu bagi pertandingan Inovasi STEM serta 1,000 orang pengunjung bagi Pameran Interatif, Cakap-Cakap STEM, Kuiz STEM dan Cabaran Dron.
Program ini merupakan salah satu inisiatif pendidikan yang bertujuan untuk mempromosikan pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) di kalangan pelajar, khususnya di Terengganu. Program ini dirancang untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti praktikal, eksperimen, dan projek yang mendorong pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan inovasi dalam bidang STEM.
Turut hadir sama, YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah YT, YBrs. Tuan Haji Lothman bin Awang, Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu, YBrs. Encik Mohd Huzairil Nizam bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif PSKT, pegawai-pegawai dari Yayasan Terengganu dan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu serta rakan strategik dan agensi pempamer.
Pautan koleksi gambar pemenang :
https://drive.google.com/…/1Dv8dlab050UzVgPrNRTN9…
Views: 24