KUALA TERENGGANU, 05 Sept – Majlis Perasmian Penutup Terengganu STEM Outreach Workshop Tahun 2024 Fasa 2 hari ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Abdullah bin Daud, Setiausaha Bahagian (Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI) Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI). Program yang telah diadakan di Universiti Teknologi MARA Kampus Kuala Terengganu selama 2 hari 1 malam ini telah melibatkan seramai 240 orang pelajar dari 48 buah sekolah seluruh negeri Terengganu.
Program ini merupakan salah satu inisiatif pendidikan yang bertujuan untuk mempromosikan pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) di kalangan pelajar, khususnya di Terengganu. Program ini dirancang untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti praktikal, eksperimen, dan projek yang mendorong pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan inovasi dalam bidang STEM.
Turut hadir sama, YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah YT, YBrs. Tuan Haji Kamsah @ Kamal bin Mohamed, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan & Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, YBrs. Tuan Haji Megat Samsuddin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah (Pendidikan) YT, YBrs. Encik Ahmad Fadhil bin Mohd Salleh, Pegawai Sains, MOSTI serta pegawai-pegawai dari Yayasan Terengganu dan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu.
Views: 39