KEMAMAN, 29 Ogos 2024 – Yang Berhormat Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Pembangunan Insan) hari ini hadir merasmikan Kursus Intensif Khas Pelajar Terengganu yang bakal ke Timur Tengah bertempat di Dewan Dato’ Seri Tuan Guru, DITC, Kemaman.
Kursus Intensif Pelajar Terengganu Ke Timur Tengah ini merupakan salah satu program yang dianjurkan khas daripada Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Yayasan Terengganu (YT) dan Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM).
Kursus ini telah melibatkan seramai 83 orang pelajar bagi persediaan sebelum berangkat ke Timur Tengah yang dijadualkan pada 14 September ini. Dari jumlah itu, seramai 35 orang adalah merupakan pelajar tajaan penuh pendidikan oleh Yayasan Terengganu.
Turut hadir ke majlis penutup berkenaan, Pengarah YT, Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah JPINT, Yang Berusaha Tuan Haji Lothman bin Awang, dan Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Puan Norhana binti Yaakub.
Views: 30