KUALA TERENGGANU, 20 Ogos – Yayasan Terengganu hari ini telah menerima Kunjungan Hormat dari Markfield Institute of Higher Education (MIHE), United Kingdom yang diketuai oleh Dr. Zahid Parvez, Rektor MIHE dalam sesi lawatan beliau ke Malaysia selama 5 hari 4 malam.
Kunjungan tersebut disambut oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu dan YBrs. Encik Azwandi bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah (Penajaan) serta para pegawai dari Bahagian Penajaan Yayasan Terengganu.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut adalah delegasi daripada TATIUC yang bertujuan untuk membincangkan halatuju dan ekplorasi pendidikan terutamanya di dalam bidang Pengajian Islam di United Kingdom.
Semoga perbincangan tiga hala ini membuahkan hasil yang baik demi kemajuan dan kelestarian pendidikan bagi kedua-dua negara, InsyaAllah.
Views: 20