KUALA TERENGGANU, 8 Ogos – YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu hari ini telah menerima kunjungan hormat delegasi UNITEN yang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Ezanee bin Rusli, Ketua Pegawai Operasi UNITEN.
Pertemuan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu jaringan strategik bersama YT dan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT). Antara perkara penting yang dibincangkan adalah berkaitan Program Huffaz Professional di UNITEN, program kerjasama UNITEN & IMTIAZ melalui program pembangunan pelajar SMIYT serta cadangan program penajaan pelajar di UNITEN.
Semoga pertemuan ini dapat memberi manfaat yang besar kepada kedua-dua belah pihak dan seterusnya membantu kecemerlangan pendidikan anak-anak Terengganu.
Views: 1