KUALA TERENGGANU, 06 Ogos – Majlis Apresiasi & Jasamu Dikenang Yayasan Terengganu Tahun 2024 adalah merupakan satu bentuk pengiktirafan jabatan kepada warga kerja Yayasan Terengganu yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan, sama ada pegawai di ibu pejabat mahupun seluruh daerah termasuklah di semua Institusi Pendidikan Yayasan Terengganu.
Seramai 31 orang pegawai dan kakitangan Yayasan Terengganu menerima pengiktirafan atas kecemerlangan dalam majlis ini. Turut disampaikan adalah Anugerah Pengetua & Sekolah Cemerlang SPM 2023 yang melibatkan enam (6) buah Sekolah-Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu.
Anugerah-anugerah ini telah disampaikan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu dengan diiringi oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu.
Dalam majlis ini juga turut diraikan para pesara seramai 19 orang yang telah menabur bakti selama berkhidmat di Yayasan Terengganu. Semoga segala usaha, tenaga dan pengorbanan yang disumbangkan telah banyak membantu melakar kegemilangan Yayasan Terengganu sehingga kini.
Sila klik pautan berikut bagi melihat koleksi foto Majlis Apresiasi & Jasamu Dikenang Yayasan Terengganu Tahun 2024 : https://photos.app.goo.gl/kTMG68qm18nZiop87
Views: 45