JERTIH, 8 Jul – Terengganu STEM Outreach Workshop bagi Zon B yang melibatkan seramai 100 orang pelajar dari beberapa buah sekolah di daerah Setiu dan Besut telah diadakan di Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI), Besut adalah merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Terengganu bertujuan untuk mempromosikan pendidikan STEM di kalangan pelajar khususnya di Terengganu.
Turut hadir, YBrs. Encik Abdullah bin Daud, Setiausaha Bahagian (Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBrs. Encik Mohd Rozaizam bin Yusoff, Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Pengurusan Imtiaz) Yayasan Terengganu, YBrs. Encik Mohd Zaidi bin Jusoh, Pengetua SMIDI Besut serta pegawai-pegawai dari Yayasan Terengganu dan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu.
Views: 38