Skip to content
  • info@yt.gov.my
  • +609-621 1800 / +609-621 1801

Berita Terkini

“𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐉𝐔𝐒𝐓 𝐊𝐄 𝐘𝐓: 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐉𝐔 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐒𝐈𝐍𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍”

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨, 23 Jun – Kerjasama antara Yayasan Terengganu (YT) dan Universiti Sains dan Teknologi Jordan (JUST) semakin diperkukuhkan dengan kunjungan hormat delegasi akademik JUST ke YT hari ini.

Delegasi JUST yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Profesor Ahmad M. Al-Ajlouni, serta Pengarah Perhubungan Antarabangsa merangkap Dekan Jaminan Kualiti JUST, telah disambut oleh oleh Timbalan Pengarah (Pendidikan) YT, Tuan Haji Megat Samsuddin bin Megat Yusof, , serta pegawai-pegawai di bawah portfolio pendidikan YT.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama dalam bidang pendidikan dan pertukaran ilmu antara kedua-dua agensi.

Ini merupakan langkah yang penting dalam memperluaskan kerjasama di peringkat antarabangsa, terutama dalam membangunkan potensi akademik dan pengetahuan di kalangan pelajar anak negeri Terengganu.

Kunjungan ini juga dianggap sebagai permulaan yang baik untuk melihat peluang kerjasama yang berterusan serta memperkukuhkan hubungan bilateral yang bermanfaat antara Negeri Terengganu dan Jordan dalam bidang pendidikan dan teknologi.

#membangunilaimerintiskejayaan

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

#yt2024

Views: 1

Statistik Pelawat
  • Online:
  • Hari ini:
  • Semalam:
  • Bulan ini:
  • Tahun ini:
  • Keseluruhan:
1
41
540
10346
109998
184046
logo yt
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu
Pembayaran Atas Talian
maybank
cimb
bsn
rhb
jom pay
terengganu pay (tpay)
Penafian: Yayasan Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Careline : +609-621 1800 / +609-621 1801
Faks : +609-623 2944
Emel : info@yt.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 10 ke atas
© Hakcipta Terpelihara 2024 . Portal Rasmi Yayasan Terengganu